✿ Dayana Amerda ✿
Dayana Entry Shout Credits
Pendaftaran sebagai Dayana Amerda FC
Rabu, 28 Disember 2011, 5:09 PG , 0 comments


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

D.Amerda Production akan membuat satu Fan Club rasmi khas untuk semua peminat Dayana Amerda iaitu Dayana Amerda FC.

Memandangkan peminat Dayana semakin bertambah, jadi segala urusan untuk menjadi OKD atau DLuvers akan dilakukan melalui kelab peminat ini.

Anda semua pasti sudah tahu Dayana dan mamanya, Aida kini sudah mempunyai butik mereka sendiri ?

Jadi, setiap pembelian merchandise Dayana ataupun Tudung Dayana boleh dilakukan melalui Dayana Amerda FC.

Untuk menjadi sebahagian dari Ahli Dayana Amerda FC mudah sahaja. Anda hanya perlu melakukannya mengikut cara-cara di bawah.

Caranya mudah sahaja, emailkan NAMA, ALAMAT dan NO.TELEFON anda kepada alamat email berikut
d.amerdaproduction@yahoo.com.
Kemudian anda akan diberitahu langkah-langkah seterusnya.

Untuk menjadi ahli, anda hanya perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM20 untuk setahun. Tetapi, 20 pendaftar terawal akan diberi BONUS iaitu menjadi ahli dengan bayaran RM20 untuk seumur hidup.

Kelebihan menjadi ahli DAYANA AMAERDA FC adalah :-

1) Mendapat potongan 10% untuk setiap pembelian barangan keluaran D.Amerda Production seperti tudung dan merchandise Dayana.

2) Berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti bersama Dayana.

Jadi apa tunggu lagi. Jom sertai Dayana Amerda FC !

p/s : Kad Keahlian akan diberikan kepada anda sebaik sahaja anda selesai membuat pembayaran dan menjadi ahli DAYANA AMERDA FC yang rasmi.

Sebarang pertanyaan sila PM saya di fb Mama Aida

SALAM SAYANG UNTUK SEMUA ! :)

OLDER POST // NEWER POST